Gambar hiasan

KUANTAN – Perkembangan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri itu mencatatkan peningkatan berbanding pagi tadi.

Menerusi laporan semasa banjir Kelantan, jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 16,409 di 46 buah PPS sehingga 6 petang berbanding 11,698 mangsa di 40 PPS pada pagi tadi.

Manakala seramai 6,295 mangsa banjir di Tumpat ditempatkan di 15 PPS diikuti di Kota Bharu seramai 4,373 mangsa banjir ditempatkan di 27 buah PPS.

Selain itu di Pasir Puteh pula seramai 4,427 mangsa direkodkan, Kuala Krai (4,083), Tanah Merah 3,859, Machang (3,307) , Bachok (2,157), Jeli (724) dan Gua Musang (36).

Sehingga 6 petang ini, seramai  45,670 mangsa membabitkan 13,908 buah keluarga terkesan akibat bah di 10 jajahan di 198 PPS keseluruhan di Kelantan.

Sementara itu di Terengganu, mangsa dilaporkan semakin meningkat kepada 15,738 pada petang ini berbanding 9,005 orang pada pagi tadi.

Tujuh daerah di Terengganu terlibat banjir kecuali di Kuala Terengganu dilaporkan sehingga 6 petang berdasarkan laporan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Negeri.

Seramai 4,541 keluarga ditempatkan di 199 buah PPS berbanding 2,651 keluarga terjejas ditempatkan di 138 PPS pada pagi tadi.

Daerah Besut merekodkan 6,348 mangsa banjir di 77 PPS, diikuti daerah Setiu melibatkan 3,732 mangsa banjir di 40 PPS dan Hulu Terengganu merekodkan 3,351 mangsa di 46 PPS.

Masing-masing di Kemaman merekodkan 1,432, Dungun (505), Marang (342) dan Kuala Nerus (28). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here