KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diramal mengalami rebut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 pagi ini.

Amaran sama turut diberikan di beberapa kawasan di Johor iaitu angkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 5.15 pagi tadi.

Jabatan itu berkata, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, menurutnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here