KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir.
Dalam kenyataannya, KTMB berkata, pembatalan itu melibatkan laluan JB Sentral-Tumpat, Tumpat-JB Sentral, Gemas-K. Lipis, K. Lipis-Gemas, Tumpat-K. Lipis dan K. Lipis-Tumpat (bermula di Gua Musang.
Selain itu, Gua Musang-Tumpat (tamat di Dabong), Tumpat-Gua Musang, Tumpat-Dabong, Tumpat-Gua Musang dan K. Lipis-Tumpat (ditamatkan di Gua Musang). – MalaysiaGazette