Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menutup beberapa pejabat satelitnya di Kelantan dan Teregganu demi memberi keutamaan kepada
keselamatan pekerja dan orang ramai yang berurusan di semua premis dan kaunter perkhidmatan yang disediakan.

Penutupan itu membabitkan Pejabat Satelit Pasir Mas, Pejabat Satelit Pasir Puteh dan Pejabat Satelit Kuala Krai di Kelantan dan Pejabat Satelit Hulu Terengganu, Terengganu.

Pejabat Satelit ini hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Dalam tempoh penutupan ini, para pelanggan disarankan untuk melakukan urusan secara dalam talian menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.

LHDNM turut menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir agar sentiasa berwaspada serta menjaga keselamatan dan mematuhi arahan pihak yang berwajib dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here