KLANG – Hujan lebat hampir 48 jam sejak Khamis antara punca utama kawasan Kapar dan Meru, di sini, dilanda banjir kilat hingga menenggelamkan banyak kediaman di kawasan luar bandar itu.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati, bukan sahaja kawasan kampung bahkan taman perumahan dan deretan rumah kedai di jalan utama pekan Meru masih ditenggelami air setakat jam 7 malam ini.

Limpahan air banjir dari parit di Jalan Perindustrian Kapar-Meru, Klang.

Lebih mengejutkan paras air di dalam parit sepanjang Jalan Perindustrian Kapar-Meru, di sini, didapati masih mencapai paras maksimum hingga melimpah ke bahu jalan.

Kesan banjir termenung masih dapat dilihat dengan di Masjid As-Syarif yang terletak di pekan Meru yang mana hampir 90 perkarangan pusat ibadat dipenuhi air banjir dan selut berwarna kekuningan.

Pekarangan Masjid As-Syarif, pekan Meru Klang ditenggelami air selepas dinaiki banjir hampir 48 jam lalu.

Keadaan itu memaksa jawatankuasa masjid berkenaan membina titi setinggi dua kaki dan sepanjang kira-kira lima meter untuk memudahkan jemaah keluar masuk menunaikan ibadah.

Keadaan luar pekarangan Rumah Guru,Sekolah Kebangsaan Sg Binjai, Meru Klang yang ditenggelami air banjir sejak Khamis.

Selain itu, Rumah Guru, Sekolah Kebangsaan Sg Binjai, Meru di sini yang terletak bersebelahan dengan masjid turut ditenggelami air banjir dan masih bertakung sehingga kini.

Bagaimanapun kebimbangan orang ramai berkurangan sedikit apabila setakat ini tiada lagi hujan mahupun gerimis meskipun pada awalnya banyak awan mendung berarak sekitar pekan Meru.

Anak muda tidak melepaskan peluang untuk meredah banjir yang melanda kawasan deretan rumah kedai di Jalan Perindustrian Kapar-Meru, Klang, petang tadi.

Bagi generasi muda, mereka tidak melepaskan peluang untuk meredah banjir dan merasai fenomena alam itu.

Sebuah kedai haiwan masih beroperasi seperti biasa meskipun ditenggelami air banjir di Jalan Perindustrian Kapar-Meru Klang, hari ini.

Walaupun banjir, beberapa kedai yang terletak di bahu jalan utama pekan Meru masih beroperasi seperti biasa meskipun premis perniagaan mereka dimasuki air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here