Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan tidak akan menyekat mana-mana permohonan, termasuk daripada pihak yang pernah menerima bantuan sebelumnya.

Nga Kor Ming berkata, komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan rumah ibadat bukan Islam dapat memohon dana penyelenggaraan setiap tahun.

Menurut beliau, bantuan ini akan diagihkan berdasarkan keperluan setiap permohon dengan keutamaan diberikan kepada golongan yang memerlukan bantuan secara mendesak
dan yang belum pernah menerima bantuan.

Bagaimanapun, inisiatif ini memberi keutamaan kepada rumah ibadat bukan Islam yang memerlukan bantuan segera, selaras dengan komitmen kementerian KPKT iaitu ‘tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir’.”

“Rumah ibadat bukan Islam boleh mengemukakan permohonan kepada KPKT setiap tahun, dan kelulusan dana akan diberikan berdasarkan keperluan dan kedudukan fiskal kewangan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Setakat bulan Oktober tahun ini, KPKT telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan berjumlah RM46.13 juta kepada 422 rumah ibadat bukan Islam, termasuk kuil, gereja, gurdwara dan tokong.

Antara jumlah ini, 147 kuil dan 25 gurdwara berjaya menerima peruntukan bantuan setinggi RM21.35 juta.

Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan Madani turut memperuntukkan RM50 juta lagi bagi bantuan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Madani yang meraikan kepelbagaian dan menyokong keharmonian serta keperluan komuniti pelbagai budaya masyarakatmajmuk negara ini.

Kor Ming juga meminta semua pihak ikhlas membantu rakyat dan bukan mempolitikkan isu dengan memberi maklumat yang tidak benar dan cuba mengelirukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here