Wan Razly Abdullah

KUALA LUMPUR – Kumpulan Affin (Affin) menawarkan bantuan Affin Natural Disaster Relief Programme (NDRP) untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh memohon moratorium sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, NDRP menghulurkan bantuan kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan pelanggan korporat bagi memastikan mereka mendapat sokongan menyeluruh akibat banjir.

“Banjir semasa telah memberi kesan buruk kepada kawasan terjejas dan masyarakat setempat. Untuk mengurangkan beban kewangan pelanggan kami pada masa yang mencabar ini, Affin menawarkan bantuan kewangan ke atas pelbagai produk pinjaman dan pembiayaan melalui NDRP,” katanya.

Pelanggan digalakkan untuk menghubungi Pusat Perhubungan Affin di talian 03-8230 2222 atau mengunjungi mana-mana cawangan AFFIN untuk menyemak kelayakan dan memohon NDRP, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here