KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 1 Disember 2024 melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu.
Kawasan-Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai).
Manakala di Terengganu pula Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Sementara itu, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 1 Disember melibatkan kawasan-kawasan Hulu Perak, Perak; Kelantan (Gua Musang); dan Terengganu (Dungun & Kemaman). – MalaysiaGazette