Seorang juruwang mati ditikam di restoran tempatnya bekerja di pusat beli-belah di Cheras.

KUALA LUMPU – Seorang juruwang wanita ditemui mati ditikam di restoran tempatnya bekerja di pusat beli-belah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata, wanita berusia 49 tahun itu dipercayai dibunuh sekitar jam 3 hingga 4 petang.

Susulan kejadian ini, polis telah menahan tujuh suspek termasuk rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan awal  terdapat empat atau lima kesan tikaman pisau pada bahagian tubuh mangsa.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menemukan senjata tajam yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Aidil  berkata, polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan dan mengesan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan kes terbabit.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here