KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus menjual ekuiti di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut, tetapi dengan jumlah lebih kecil iaitu RM259.8 juta.

Mereka menjadi penjual bersih setiap hari minggu lepas dan telah menjual selama tujuh hari dagangan berturut-turut.

MIDF Research berkata, aliran keluar bersih paling ketara pada hari Isnin sebanyak RM104.4 juta, diikuti RM67.6m pada Khamis.

Hari Selasa, Rabu dan Jumaat menyaksikan aliran keluar bersih masing-masing sebanyak RM17.2 juta, RM46.6 juta dan RM24.1 juta.

Firma penyelidikan ini menambah, tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah perladangan (RM72.9 juta), penjagaan kesihatan (RM64.0 juta), dan hartanah (RM29.0 juta).

Manakala tiga sektor teratas mencatatkan bersih aliran keluar asing ialah pengangkutan & logistik (RM120.2 juta), utiliti (RM98.5 juta), dan produk & perkhidmatan pengguna (RM79.2 juta).

Berbanding dengan pelabur asing, institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut, denan belian bersih RM207.7 juta minggu lepas.

Mereka melakukan jualan RM1.4 juta pada hari Selasa tetapi menjadi pembeli bersih untuk sepanjang minggu.

Pelabur runcit tempatan adalah pembeli bersih minggu lepas pada RM52.1 juta.

Mereka menjual RM26.8 juta pada hari Rabu tetapi merupakan pembeli bersih untuk baki minggu tersebut.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan merentas semua kelas pelabur.

Pelabur asing mencatatkan penurunan sebanyak 8.8% manakala pelabur institusi tempatan dan pelabur runcit tempatan mengalami penurunan masing-masing sebanyak 3.1% dan 3.3%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here