KUALA LUMPUR – Tiada bayaran dibuat bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan November lalu, kata Lembaga Getah Malaysia.
Ia kerana, pada bulan lalu, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump di Semenanjung adalah RM3.65 sekilogram, Sabah (RM3.30 sekilogram) dan Sarawak (RM3.20 sekilogram).
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.
Menurutnya, IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif dan kadar G lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100% Kandungan Getah Kering (KGK).
IPG akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.- MalaysiaGazette