KUALA LUMPUR – Gara-gara mengekori ambulans di Kilometer (KM) 15, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, Selangor, seorang pemandu kereta ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asistan Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 28 tahun ditangkap selepas hadir ke balai polis bersama rakan yang juga pemilik kereta terbabit.

Katanya, polis telah mengesan video tular itu di media sosial semalam dan siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 4.40 petang.

Mohd Iqbal Ibrahim

“Ambulans terbabit yang melalui KM15, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang telah diekori dua kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Honda Civic dan sebuah motosikal Yamaha MT-15 yang dipandu dalam keadaan membahayakan ambulans dan pengguna jalan lain.

“Susulan itu, polis telah mengesan kenderaan terlibat dan menahan pemandu kereta itu selepas dia hadir ke balai di perkarangan Shah Alam sekitar jam 11 malam semalam ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya masih lagi mengesan penunggang motosikal terbabit dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal juga mengingatkan kepada orang ramai sentiasa memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori belakang kenderaan itu.

“Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul bin Zamri di talian (019-3229097),” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here