Pemandu kereta yang merempuh pagar sebuah tadika di Paya Luboh, Tangga Batu di sini malam tadi rupanya membawa dadah. Foto Ihsan- JBPM Melaka

MELAKA – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pagar sebuah tadika di Paya Luboh, Tangga Batu di sini malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Roslan Manas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 malam sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Nissan telah terbabas dan melanggar pagar tadika.

“Akibatnya mangsa pemandu lelaki berusia 55 tahun mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, operasi tamat pada jam 11.20 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast