Po Poh Lian

KUALA LUMPUR – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik gelaran Datuk Paduka yang dikurniakan kepada warga Singapura, Poh Po Lian berkuatkuasa 30 Ogos lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, berkata Sultan telah menarik balik pelantikan Po Lian sebagai Ahli Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

“Penarikan balik itu adalah hak Sultan Muhammad V dan dilaksanakan mengikut budi bicara baginda,” katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Mohamed Faziharudean berkata kerajaan Kelantan turut telah mewartakan Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2019, yang berkuat kuasa pada 31 Disember 2020.

Jelasnya, di bawah enakmen itu, mana-mana individu yang menggunakan apa-apa darjah kebesaran, lencana, pingat, lambang atau bintang kehormatan yang pernah dikurniakan oleh Sultan tetapi kemudiannya dibatalkan atau ditarik balik boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000, hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya.

Enakmen tersebut juga menurut beliau, memberi kuasa kepada polis untuk menjalankan siasatan, termasuk memasuki dan menggeledah premis serta menyita bahan bukti atau barang kes yang disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah enakmen berkenaan.

Pada Oktober tahun lalu, Po Lian, dengan alamat terakhirnya di B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur dicari pihak SPRM.

Terbaharu, media melaporkan, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu telah waran tangkap terhadap Po Lian bersama seorang lagi wanita warga Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here