KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap salah seorang pemimpin kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sumber SPRM bagaimanapun berkata, maklumat terperinci berkenaan kertas siasatan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
BAM hari ini mengesahkan pegawai SPRM mengunjungi pejabat badan itu minggu lalu bagi mendapatkan maklumat tertentu.
BAM dalam satu kenyataan memaklumkan, persatuan itu telah memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai SPRM berkenaan.
“(Dan) pegawai SPRM juga telah menjalankan tugas mereka dengan penuh profesionalisme,” demikian menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, BAM tidak berkongsi lanjut mengenai siasatan yang sedang dilakukan SPRM terhadap persatuan itu ketika ini. – MalaysiaGazette