KUANTAN- Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman tiga hari terhadap suami peragawati dan pelakon, Zahnita Wilson selama tiga hari bermula hari ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman bagi siasatan polis berhubung kes keganasan rumah tangga.
Suspek berbaju gelap dan menakai pelitup muka tenang ketika dibawa ke mahkamah dengan diiringi polis pada jam 8.30 pagi tadi.
Artikel berkaitan: Suami Zahnita Wilson diberkas polis
Mahu tinggal berasingan punca pelakon dipukul suami
Terdahulu, polis mengesahkan kontraktor berusia 46 tahun itu diberkas polis semalam.
Baru-baru ini, Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mendedahkan di media sosial bahagian mata kirinya lebam akibat dipukul suaminya.
Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu turut mengakui sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga. – MalaysiaGazette