KUALA LUMPUR – Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan hantaran yang dikongsikan oleh bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson lebam di bahagian dipercayai dikasari suaminya.
Katanya, dia memilih untuk memuat turun gambar tersebut selepas tiada tindakan selanjutnya.
Susulan itu, suaminya ditahan dan direman tiga hari sejak semalam.
Hari ini, Zahnita memuat naik satu video memakai baju hitam dan cermin mata hitam.
Kelihatan menahan kesedihan, dia menulis kapsyen “Assalamualaikum… Terima kasaih atas ucapan dan sokongan anda semua.”
Beliau juga dilihat memadam semua gambar dan video yang pernah dimuat naiknya sebelum ini di akaun Instagramnya.
Pada hantaran sama, Zahnita, 39 turut meminta pelanggan setia yang ingin membeli pie yang diusahakan supaya berhubung dengan dua rakannya.
Rekod, kisah rumah tangga model kacukan Melayu-New Zealand itu meletus apabila berkongsi foto keadaan matanya yang lebam. – MalaysiaGazette