Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 11 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) bersetuju untuk meneliti semula cadangan menaikkan harga premium insurans perubatan tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, antara langkah yang dipersetujui adalah untuk melaksanakan pelarasan semula harga premium insurans perubatan secara berperingkat.

“ITO akan memastikan ada talian hotline khusus bagi setiap syarikat untuk menawarkan caruman fleksibel memberikan pilihan untuk pelan perkhidmatan berbeza dan menyediakan mekanisme penyelesaian yang lebih berkesan.

“Kerajaan peka mengenai kebimbangan penentuan semula harga insurans dan takaful perubatan serta kesihatan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful yang telah memberikan impak kepada pemegang polisi atau peserta takaful.

“Bank Negara Malaysia kekal komited bagi memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful yang bersesuaian,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu langkah semasa diambil kerajaan bagi mengatasi isu inflasi kos perubatan sehingga ITO bertindak menaikkan kadar premium secara drastik.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast