Seramai 93 PATI ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam operasi tergempar dilaksanakan JIM di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya tengah malam tadi.Ihsan JIM Ibu Pejabat Putrajaya

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 93 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi serbuan keatas sebuah pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Taman Dagang, Ampang Jaya, Selangor malam semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua mereka ditahan menerusi operasi jam 12.30 tengah malam yang disertai 162 pegawai pelbagai pangkat daripada Ibu Pejabat JIM Putrajaya dan dibantu lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Dalam operasi ini, JIM telah memeriksa 189 individu susulan aduan awam mengenai pendatang tanpa izin yang disyaki tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Seramai 93 PATI ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam operasi tergempar dilaksanakan JIM di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya tengah malam tadi.Ihsan JIM Ibu Pejabat Putrajaya

“Hasilnya, kita menahan 93 PATI yang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Pakistan yang berusia lingkungan antara empat bulan hingga 55 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, semasa operasi dilaksanakan, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri daripada diberkas anggota operasi.

Seramai 93 PATI ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam operasi tergempar dilaksanakan JIM di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya tengah malam tadi.Ihsan JIM Ibu Pejabat Putrajaya

Katanya, lokasi yang diserbu merupakan pangsapuri yang dihuni oleh warga asing.

“Kesemua PATI itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Seramai 93 PATI ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam operasi tergempar dilaksanakan JIM di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya tengah malam tadi.Ihsan JIM Ibu Pejabat Putrajaya

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Imigresen akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here