Gambar hiasan

SINGAPURA- McDonald’s Singapura akan mula mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk sos tambahan melebihi peruntukan standard mulai 2 Januari tahun depan.

Di bawah dasar baharu yang diumumkan oleh syarikat makanan segera itu, sos BBQ, kari dan mustard madu akan dikenakan S$0.50 setiap paket jika pelanggan meminta tambahan.

Salad dressing, seperti Japanese Roasted Sesame pula dikenakan harga S$0.70 setiap paket.

Bagaimanapun, sos tomato dan sos cili bawang putih akan kekal percuma “berdasarkan peruntukan tetap kepada pesanan makanan,” kata McDonald’s di laman webnya.

McDonald’s Singapura menjelaskan dasar itu sebagai satu langkah untuk “membantu mengurus sisa makanan dan kos makanan yang meningkat,” yang disifatkannya sebagai “cabaran berterusan” merentasi industri makanan dan minuman.

Dasar yang sama mengenakan bayaran untuk perasa tambahan telah berkuat kuasa selama bertahun-tahun, tetapi tidak selalu dikuatkuasakan, lapor media tempatan.

Untuk memaklumkan kepada pelanggan, poster “LOVE OUR DIPS? GET MORE FOR JUST 50Ā¢ EACH,” telah diletakkan di kaunter bersama kod QR yang memautkan kepada butiran lanjut tentang dasar tersebut.

Pengumuman itu telah disambut dengan pelbagai reaksi.

Beberapa pelanggan menyatakan rasa tidak puas hati, mendakwa harga McDonald’s sudah tinggi.

Syarikat itu juga telah menambah bahagian maklum balas di laman webnya untuk menangani kebimbangan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perubahan itu.

“Kami mohon pelanggan memahami dan berharap mereka akan terus menikmati makanan, dan sos, yang mereka gemari,” kata McDonald’s Singapore. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here