Seorang pemancing menunjukkan seekor ikan patin sungai seberat 10 kilogram yang berjaya dinaikkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 906 DISEMBER 2024
Bencana banjir yang melanda daerah Tumpat ini minggu lalu tidak hanya meninggalkan derita, tetapi turut membawa rezeki yang hanya muncul setahun sekali.
Kawasan sungai yang dikenali Gate 2 ini bertukar seolah-olah menjadi sebuah tapak pesta apabila ratusan pemancing tidak melepaskan peluang menaikkan ikan patin sungai yang hanya muncul di sungai itu ketika musim tengkujuh.
Seawal pukul 12 tengah hari, pemburu-pemburu ikan patin sungai itu sudah memenuhi Gate 2 tersebut yang merupakan pertembungan antara anak sungai dan laut untuk menaikkan spesies ikan itu. Ikan-ikan patin sungai itu dipercayai hanyut dari Sungai Golok, selepas air dari sungai itu melimpah akibat hujan lebat.
Seekor ikan patin sungai seberat 10 kilogram berjaya dinaikkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024.Seekor ikan patin sungai seberat 10 kilogram berjaya dinaikkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024.Peminat-peminat aktiviti memancing tidak melepaskan peluang untuk meluangkan waktu petang mereka untuk memancing ikan patin sungai yang hanya muncul setahun sekali selepas musim banjir, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024.Aksi seekor ikan patin sungai yang sedang dinaikkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024.Antara ikan patin sungai yang berjaya dinaikkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024.