Sunday, September 13, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Sadiq Sani

Sadiq Sani

302 Artikel 0 Komen

Reaksi Azeez Rahim di Mahkamah Kuala Lumpur

Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berbaju ungu dan bergari dikawal ketat selepas Mahkamah Sesyen membenarkan ikat jamin sebanyak RM450,000 atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan di sebuah syarikat dan manfaatnya serta meyakinkan Ahli Lembaga TH membuat pelaburan RM193.5 juta di syarikat sama ketika Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 09 SEPTEMBER 2026.

Anwar, Zahid di Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiring anak Tun Abdul Razak, Tan Sri Nazir Razak melihat pameran pada Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak di Sri Taman Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 08 SEPTEMBER 2026.

Rauf Sarung Helmet Kepada Geng P-Hailing Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyarungkan topi keledar edisi terhad kepada pemenang cabutan bertuah pada Majlis Perasmian Karnival Anak Muda Negeri Melaka di Dataran MITC, Melaka. Foto SADIQ SANI, 04 SEPTEMBER 2026.

Bekas Menteri Agama Direman 5 Hari

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiring keluar SPRM selepas direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ketika di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 02 SEPTEMBER 2026.

Pulut Semangat Malaysia Terpanjang #Merdeka

Peserta yang terdiri daripada Persatuan Chef Wanita Malaysia dan penduduk tekun menyiapkan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang sempena Hari Kebangsaan 2026 di Gelanggang Bola Keranjang Jalan Indah, Seri Kembangan. Foto SADIQ SANI, 31 OGOS 2026.

Aset Ketenteraan #ATM #Merdeka69

Kanak-kanak mengambil peluang untuk melihat aset-aset Angkatan Tentera Malaysia dengan lebih dekat sempena persediaan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Anjung Floria, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2026.

Penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026 di UPM, Serdang. Foto SADIQ SANI, 25 OGOS 2026.

Kuala Lumpur Jerebu

Pemandangan bangunan pencakar langit di ibu kota diliputi jerebu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 23 OGOS 2026.

Majlis Pecah Tanah Terowong Ketiga dan Pelebaran Lebuhraya KL-Karak

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Pengerusi Kumpulan AFA Group, Tan Sri Dr Azmil Khalili Khalid melakukan gimik pecah tanah pada Majlis Pecah Tanah Terowong Ketiga dan Pelebaran Lebuhraya KL-Karak di Gombak, Selangor. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.

Pemandu Lori Imigresen Dihadap Ke Mahkamah

Pemandu 'black maria' lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Akbar Zainol (tengah) mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Sultan Ismail, semalam ketika di Mahkamah Sesyen KL. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.