isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa ada pihak yang tidak mahu berterus terang mengenai titah adendum bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi terus mempersoalkan adakah patut Najib terus menjadi mangsa perbicaraan tidak adil.

“Jangan biarkan kredibiliti kerajaan dihujung tanduk? Mana C4, mana BERSIH? Mana Hanipa Maidin?

“Selagi namanya Najib, mereka ini tetap 2X5. Bisu,” kata Puad.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata, selepas lapan bulan, Mahkamah Rayuan masih tidak dapat memutuskan sama ada titah adendum itu wujud atau tidak.

“Kali ini guna alasan baru, iaitu untuk beri masa pihak kerajaan menjawab affidavit baru yang difail oleh Nizar Najib.

“Sebelum itu Mahkamah Tinggi kata affidavit Zahid dan MB Pahang cuma “hearsay” kerana dengar dari mulut Tunku Zafrul.

“Kali ini affidavit Nizar kata, dia sendiri dengar dari Sultan Pahang. Apa pula alasan selepas ini?,” soal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast