Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menggerakkan 300 sukarelawan Skuad Ihsan Madani KPDN ke negeri terjejas banjir di Pantai Timur, bermula semalam.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, skuad itu bukan sahaja membantu mangsa banjir, tetapi juga turut terlibat dalam kerja pascabanjir di pusat pemindahan sementara (PPS).
Katanya, sebagai permulaan, skuad berkenaan telah dikerahkan ke Kelantan dan akan bertugas hingga Monsun Timur Laut berakhir pada Mac depan.