QUITO – Sebuah bas bertembung dengan kereta di selatan Ecuador, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan mencederakan lapan yang lain.
Kemalangan itu berlaku pada hari Jumaat di wilayah Loja Ecuador yang bersempadan dengan Peru.
Bas itu bertembung dengan sebuah kereta yang dalam perjalanan ke arah bertentangan dan terbalik, menurut media tempatan.
Nahas jalan raya menjadi antara punca utama kematian di Ecuador.
Negara ini menyaksikan hampir 21,000 kemalangan pada 2023, dengan hampir 2,400 orang terbunuh, menurut angka rasmi.
Dalam tempoh lima bulan pertama 2024, sebanyak 848 kematian akibat daripada lebih 8,400 kemalangan yang direkodkan.
Pada bulan September, sebuah bas yang membawa 35 orang asli terbalik di pinggir ibu kota Quito, menyebabkan sembilan orang maut. – Agensi