Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 41 orang ditahan dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang, awal pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi  membanteras kegiatan persundalan di pusat-pusat hiburan di sekitar ibu kota.

“Yang ditahan lima lelaki dan seorang wanita warganegara tempatan, 23 orang lelaki dan 12 wanita bukan warganegara.

Semua ditahan di bawah Seksyen 373B Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Sekyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen6(1) (c) AktaImigresen 1959/63.

Dalam masa yang sama, JIM menahan 37 orang daripada 377 yang telah diperiksa.

Menurutnya, JAWI pula menahan 33 orang dibawah Seksyen 43 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 (Penyubahatan), Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Kelakuan Tidak Sopan Ditempat Awam)dan Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1997 (minuman yang memabukkan) .

Manakala DBKL dalam operasi yang sama mengeluarkan lima Notis Kompaun melibatkan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil 36(1) Penempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil 22(1)(B) Penempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Seksyen 46(1)(D) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974.

DBKL juga telah mengeluarkan tiga notis di bawah Seksyen 3 (1) Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 dan penutupan premis di bawahSeksyen 18 (2) Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003.

Selaras dengan komitmen polis untuk menangani kegiatan persundalan, Rusdi menyarankan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here