Kenderaan ditengelami air akibat banjir kilat berhampiran SMKA Presint 11, Putrajaya pada petang Ahad.- Gambar tular.

PUTRAJAYA – Beberapa kenderaan penduduk yang telah diletakkan berhampiran kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11 di sini terkandas akibat banjir kilat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 4.50 petang susulan hujan lebat.

“Bagaimanapun, situasi sudah terkawal dan air banjir yang dilaporkan petang tadi sudah surut sepenuhnya.

“Setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada pemilik-pemilik kenderaan yang ditenggelami air banjir berkenaan,” katanya hari ini.

Aidi Sham pada masa yang sama menasihatkan penduduk agar memastikan kenderaan mereka diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca buruk ketika ini.

Terdahulu, anggota bomba bersama jentera dan polis turut berada di kawasan banjir bagi memantau keadaan selepas situasi banjir telah surut sepenuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here