Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Projek perhutanan semula di Sabah tajaan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOCGF) telah menerima Sijil Pengesahan Lapangan Pemulihan Ekositem daripada badan pensijilan antarabangsa, Preferred by Nature (PbN).

Pengurus Besar MPOCGF, Hairulazim Mahmud berkata, sijil yang sah selama lima tahun bermula November lalu itu diberikan kepada Jabatan Perhutanan Sabah sebagai pemilik tapak projek.

“Pengiktirafan merangkumi Fasa 2 Projek Penanaman Sejuta Pokok, yang melibatkan pemulihan hutan terosot seluas 200 hektar di Lower Kawag, Lahad Datu, Sabah.

“Projek yang bermula sejak 2021 ini bertujuan memulihkan habitat semula jadi orang utan serta menyokong agenda pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

“Inisiatif ini selaras komitmen industri sawit Malaysia terhadap biodiversiti dan agenda antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta Dekad Pemulihan Ekosistem PBB 2021-2030,” katanya.

Menurutnya, projek itu secara tidak langsung menyumbang kepada kempen penanaman 100 juta pokok di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Penglibatan penduduk setempat sebagai pembekal benih dan anak pokok telah menambah pendapatan mereka.

“Setakat ini, kami telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk pelaksanaan projek, yang kini memasuki fasa ketiga.

“Dengan pembiayaan RM30 juta bagi tempoh 10 tahun, MPOGCF terus menjadi simbol komitmen industri sawit dalam melestarikan warisan semula jadi Malaysia ,” ujarnya.

Projek itu juga merupakan bukti dedikasi MPOCGF dalam memulihara alam sekitar sambil meningkatkan reputasi industri sawit negara di peringkat antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here