Aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024
TUMPAT – Walaupun banjir melanda di sesetengah kawasan, ia tidak mematahkan semangat penduduk setempat mahupun dari luar daerah meneruskan pertandingan sorak ayam.
Pertandingan yang berasal dari Kelantan ini semakin mendapat perhatian orang ramai, rata-rata mulanya sebagai hobi kini bersaing di antara satu sama lain.
Setiap peserta diberi masa selama 15 minit untuk mendapatkan jumlah kokokan ayam yang paling sempurna. Contoh, 17 kali ditetapkan oleh juri, mesti tepat 17, tidak boleh kurang atau lebih. Jika tidak, ayam itu perlu bermula dari satu semula.
Ayam yang dipertandingkan mestilah ayam hutan jantan yang dikacuk, mempunyai balung, bercuping putih dan berkaki hitam atau hijau.
Setiap ayam disusun di atas kayu yang bernombor, dan kakinya diikat agar tidak melarikan diri.
Peserta perlu bersorak untuk memastikan ayam mereka berkokok.
Ayam hutan ditutup dengan baju agar tidak mengganggu perhatiannya sebelum acara sorak ayam dimulakan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Setiap peserta akan diberikan masa selama 15 minit sebelum acara sorak ayam dimulakan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Antara aksi-aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Antara aksi-aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Antara aksi-aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Reaksi peserta yang bersorak untuk memastikan ayam hutan mereka berkokok pada acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Antara ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Antara ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Setiap ayam hutan yang berkokok akan diberi markah oleh juri yang bertugas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Terletak di pendalam Kampung Teluk Cering, disinilah peserta berkumpul untuk menyertai acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024Peserta, Aziz Che Husin, 58, menunjukkan ayam hutannya yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 08 DISEMBER 2024