Bryan Leong Xin Ren

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Bryan Leong Xin Ren berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Renang Akuatik Dunia 2024 di Budapest, Hungary, hari ini.

Menurut laman sesawang World Aquatics, perenang berusia 21 tahun itu merekodkan masa 23.64 saat (s) untuk menamatkan saingan saringan lima di tempat ketiga di belakang Lamar Taylor dari Bahamas (23.24s) dan Abdul Jabar Adama dari Nigeria (23.56s).

Catatan masa yang dilakar oleh Bryan itu sekali gus mengatasi rekod lama 24.08s yang dilakukan pada kejohanan AP Race London, Mei lalu.

Bagaimanapun, catatan masa tersebut tidak dapat membantu beliau melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila mengakhiri saingan kelayakan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 77 peserta.

Berdasarkan format pertandingan, hanya 16 peserta terbaik dalam pusingan kelayakan akan mara ke separuh akhir. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here