KUALA LUMPUR – Identiti mayat yang ditemui di dalam beg di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Cheras Perdana hari ini masih belum dikenali.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan jam 9 pagi esok.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9).
“Sebaik tiba, anggota mengesahkan satu beg bagasi berwarna biru yang dijumpai itu mengandungi mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri.
Tambah Naazron dalam kenyataan, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
Sebelum itu, penduduk di Taman Cheras Perdana digemparkan dengan penemuan sebuah beg yang mencurigakan di sebelah longkang besar pagi tadi.
Beg berwarna biru dan berkunci serta diikat tali merah itu mencurigakan penduduk setempat kerana mengeluarkan bau busuk dengan dihurung lalat dan ulat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, ASP R. Umesh di talian 012-6114900.– MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: