KUALA LUMPUR – Polis telah menemui mayat manusia yang disumbat dalam sebuah beg pakaian di sebuah longkang besar di Taman Cheras Perdana di sini hari ini.
Difahamkan penduduk di kawasan perumahan itu mula curiga selepas terhidu bau busuk yang agak kuat sebelum membawa kepada penemuan mayat tersebut.
Ketika ditemui, lalat dan ulat memenuhi sekitar zip beg pakaian berwarna biru yang dikunci dan diikat dengan tali merah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan mengenai insiden penemuan mayat dalam beg pakaian tersebut.
Beliau turut memaklumkan pihak Polis Daerah Kajang akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan terperinci mengenai insiden penemuan mayat itu dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette