Anggota bomba sedang mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar Kampung Cina, Seri Manjung, malam tadi. Foto Ihsan JBPM Perak

LUMUT – Seorang lelaki maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Besar Kampung Cina, Seri Manjung, dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.53 malam.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu, sepasukan 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi kita mendapati kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan kereta jenis Produa Myvi.

“Mangsa lelaki yang menaiki Mitsubishi Triton telah dikeluarkan orang awam  manakala seorang lagi mangsa iaitu pemandu Produa Myvi telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum bomba tiba.

“Ketua operasi melaksanakan size up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER
(Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa maut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 1.08 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here