KUALA LUMPUR – Pasukan Timor Leste menjangka misi sukar menentang skuad Harimau Malaya dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Ketua jurulatihnya, Chile Simón Elissetche mengakui bukan mudah untuk anak buahnya turun memungut tiga mata penuh menentang Harimau Malaya.
“Kami sudah bersiap sedia menghadapi Harimau Malaya pasukan terbaik dan besar di rantau ini dan menjangkakan aksi kompetitif.
“Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 sebenarnya memberi pendedahan kepada Timor Leste beraksi sebaik-baiknya dan menilai kekuatan semasa pasukan.
“Kita juga ada kehilangan pemain penting yang tercedera dan mungkin tidak akan beraksi untuk tempoh setahun lagi.
“Apa-pun kami kekal positif dengan pemain yang ada yang bersedia untuk turun beraksi dan mencari mata menentang Malaysia malam esok,” katanya dalam sidang media Pra-Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Tambah Chile Simón, pasukannya masih terluka dengan kekalahan teruk kepada Thailand minggu lalu dan mahu menjadikan perlawanan menentang Malaysia untuk mengubati kekecewaan tersebut.
Sebelum ini Timor Leste antara pasukan teruk dalam aksi bola sepak ASEAN sebelum ini berjaya memperbaiki permainannya menentang Brunei dan Mongolia.
“Ia telah mengembalikan moral dan semangat juang pasukan kami. Meskipun kami kami mahu jadi psukan terbaik menentang Malaysia. kami perlu elak membuat kesilapan menentang Harimau Malaya,
“Kami sebenarnya turun pada kempen kali ini tanpa persiapan rapi dan tiada padang latihan dan pemain kami datang ke Vietnam dua hari sebelum kalah menentang Thailand dengan defisit gol besar yang begitu mengecewakan.
“Tapi dengan Harimau Malaya malam esok, kami akan fokus permainan dan akan cuba elak melakukan kesilapan lebih kerap dan kuatkan bek pertahanan untuk mendapatkan mata,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette