Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada Taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 4,619 kawasan berisiko tinggi dilanda banjir pada Monsun Timur Laut (MTL).

Daripada jumlah itu, sebanyak 201 kawasan berpotensi berlakunya kepala air, dan 254 kawasan cerun kritikal yang dipantau secara berkala.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, ia merupakan persiapan strategi komprehensif yang dilakukan bagi menghadapi cabaran MTL tahun ini.

Menurutnya, sepanjang musim itu, seramai 13,556 anggota tetap, 2,147 Pegawai Bomba Bantuan (PBB), dan 8,421 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari seluruh negara telah digerakkan.

“Pembekuan cuti untuk semua anggota terlibat turut dikuatkuasa sejak 1 Disember, sementara jadual syif kerja telah diubah daripada 12 jam kepada 24 jam bagi balai bomba tertentu di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Sebahagian anggota bomba turut hadir mendengar Taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 DISEMBER 2024

Tambahnya, taklimat lengkap strategi itu telah dibentangkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di Ibu Pejabat JBPM Hang Tuah, hari ini.

Beliau berkata, JBPM bekerjasama erat dengan agensi seperti gensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Meteorologi Malaysia, dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan maklumat disampaikan dengan pantas dan tepat.

Dalam majlis sama, Kor Minv telah menyerahkan lima unit Volunteer Fire Response Vehicles (VFRV) kepada PBS terpilih berdasarkan merit dan lima unit jentera Urban Search and Rescue (USAR) kepada JBPM negeri.

Sasaran JBPM adalah untuk menyerahkan 50 unit VFRV kepada PBS di seluruh negara secara berperingkat.

Antara negeri yang akan menerima jentera USAR ialah Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Putrajaya, dan Sabah.

Selain itu, sebuah khemah pos kawalan juga telah diserahkan kepada PBS Sentul untuk dijadikan pusat operasi semasa misi kebombaan yang mengambil masa lama. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here