KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan masih ligat berniaga dalam aplikasi TikTok seperti sebelum ini biarpun diselubungi kontroversi hutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menerusi siaran langsung, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju ‘preloved’ (terpakai) miliknya serta ahli keluarga lain.
Semalam, media melaprokan rumah Che Ta telah diserbu pihak Mara bagi menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.
Serbuan dilakukan selepas isteri pelakon Zain Saidin itu didakwa tidak membayar hutang pinjaman berkaitan perniagaan dari agensi berkenaan berjumlah hampir RM1 juta yang dibuat sejak 2017.
Ketika kehadiran pegawai, hanya ibu pelakon tersebut sahaja yang berada di kediaman mewah itu. – MalaysiaGazette