Keadaan lori satu tan yang membawa muatan barangan pasar yang terlibat dalam kemalangan awal pagi Rabu. Foto Ihsan JBPM Perak

TELUK INTAN – Seorang wanita cedera setelah lori satu tan muatan barangan pasar yang dinaiki bersama suaminya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di Jalan Padang Tembak, Kampung Selabak di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5.26 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi dan tiba lima minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa,

“Setibanya di lokasi kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan yang dinaiki sepasang suami isteri.

“Kita menemui seorang wanita berumur 40 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan dan mengalami kecederaan patah kaki kanan manakala suaminya yang berusia 65 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tindakan pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita yang cedera dan suaminya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.52 pagi,“ jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here