Nazrul Nizam, dan isterinya Ainol Izzah tidak menyalahkan pengasuh dan reda menerima perancangan Allah terhadap anak sulungnya yang juga anak tunggal mereka, Harraz Noah, 6 bulan yang meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin di sini, Isnin lalu

MELAKA – Ibu bapa kepada bayi lelaki berusia 6 bulan yang meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin di sini, Isnin lalu tidak menyalahkan pengasuh dalam tragedi menyayat hari itu.

Sebaliknya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29 dan isterinya Ainol Izzah Raslan 25, reda menerima takdir Allah terhadap anak sulungnya yang juga anak tunggal mereka, Harraz Noah, 6 bulan.

Malah Nazrul Nizam berkata, dia dan isteri juga tidak akan membuat laporan polis terhadap pengasuh berkenaan yang mempunyai dua anak kerana tindakan undang-undang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Nazrul Nizam, dan isterinya Ainol Izzah tidak menyalahkan pengasuh dan reda menerima perancangan Allah terhadap anak sulungnya yang juga anak tunggal mereka, Harraz Noah, 6 bulan yang meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin di sini, Isnin lalu

“Perkara dan berlaku dan jika tindakan undang-undang diambil pun ia tidak akan dapat mengembalikan anak kami sebab itu kami tak salahkan pengasuh.

“Ini semua perancangan Allah kami terima kerana tragedi itu pun hanyalah asbab Allah hanya meminjamkan Harraz kepada kami selama enam bulan sahaja.

“Lagi pun sejak menjaga bayi kami empat bulan lalu, tidak pernah anak kami mengalami lebam-lebam kerana pengasuh wanita berusia 27 tahun itu sudah menganggap Harraz seperti anak sendiri,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambahnya, walaupun mereka tidak mempunyai pertalian keluarga dengan pengasuh yang hanya dikenali melalui media sosial sekitar Februari lalu, dia yakin wanita itu yang juga pernah keguguran bayi dalam kandungan faham situasi dihadapi.

“Allah telah menggerakkan hati saya untuk menghubunginya selepas mula mencari pengasuh untuk menjaga Harraz sekitar Januari atau Februari lalu kerana saya dan isteri masing-masing bekerja di sebuah kilang proses ayam di Serkam.

“Masa itu banyak pengasuh yang saya hubungi tapi sudah tertulis rezeki dengan pengasuh berkenaan yang juga mempunyai pengalaman menjaga bayi lain dari usia tiga bulan hingga lebih setahun sebelum ini,” katanya.

Isnin lalu, MalaysiaGazette melaporkan kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu disedari pengasuh berkenaan apabila mendapati Harraz Noah sudah tidak bernafas dalam keadaan terlentang dengan sehelai selimut menutupi mukanya.

Ainol Izzah dihubungi pengasuh berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi memaklumkan kejadian dan menangis teresak-esak sebelum meminta bantuan ibunya membawa bayinya itu Klinik Kesihatan Merlimau.

Bayi berkenaan bagaimanapun dirujuk ke Hospital Melaka dan doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here