KUALA LUMPUR – Tonggak Harimau Malaya, Adib Abdul Raop dan Syamer Kutty Abba, dipanggil pulang oleh Penang FC bagi menghadapi perlawanan bertemu PT Atletic dalam Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kehadiran kedua-dua pemain merupakan pemain utama skuad Harimau Kumbang berhasil apabila membelasah pasukan pelawat untuk mendapatkan kemenangan besar 4-0.
Dalam pada itu, pemain Kuala Lumpur City dan Selangor, Declan Lambert, Harith Haiqal Adam Afkar dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sudah menyertai kem kebangsaan selepas bermain bersama kelab masing-masing. – MalaysiaGazette