Bapa kepada Muhammad Adham Mikail bersama dengan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar selepas membuat laporan polis, pagi tadi. Ihsan Foto : Facebook Wan Chai

KUALA LUMPUR – Bapa kepada bayi yang dibekukan selama 16 hari, Muhammad Adham Mikail telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, hari ini.

Laporan itu dibuat terhadap sebuah hospital swasta yang terletak di kawasan Klang kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah.

Bapa kepada Adham telah ditemani seorang peguam jenayah terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Sebelum ini tular mengenai satu kes mayat bayi lelaki yang didakwa ditahan dalam peti sejuk beku di sebuah hospital swasta selama 16 hari.

Peristiwa itu dikatakan berlaku kerana ketidakmampuan bapa bayi itu untuk membayar bil kelahiran jenazah anaknya yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan.

Muhammad Adham juga dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dengan hanya satu mata, tiada hidung dan saluran najis.

Walaubagaimanapun, pihak hospital telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu prosedur yang dijalankan mengikut standard operasi ditetapkan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Gagal lunas bil, jasad bayi disimpan? Hospital Bersalin Razif tampil beri penjelasan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast