Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 08 NOVEMBER 2024

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri mencadangkan Peguam Negara (AG) untuk mempertimbangkan sama ada laporan akhir Pasukan Petugas Khas (PPK) Batu Puteh perlu dinyahklasifikasikan atau kekal sebagai dokumen sulit.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

“Apa yang dibentangkan di dalam Parlimen adalah RCI Batu Puteh dan laporan ini pula merupakan dokumen yang berbeza. Laporan Pasukan Petugas Khas itu merupakan hasil siasatan yang bermula pada 29 Oktober 2021 dan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 7 Oktober 2022 semasa pentadbiran Perdana Menteri kesembilan,” katanya pada sidang media minggguan di sini hari ini.

Pada ketika itu,  menurut Fahmi, Ahli Parlimen Putrajaya, Larut dan Kota Bharu turut terlibat secara langsung kerana merupakan sebahagian daripada Jemaah Menteri.

“Dalam laporan itu, syor telah dibuat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tertentu berdasarkan dakwaan kecuaian dan hasil laporan tersebut juga didapati selaras dengan syor RCI Batu Puteh,” tambahnya.

Tindakan ketiga-ketiga ahli Parlimen mempersoalkan syor RCI itu dikritik meskipun laporan itu sama dengan dokumen yang mereka pernah baca ketika berada di dalam Jemaah Menteri.

“Laporan ini dijangka akan dinyahklasifikasikan secara penuh kecuali perkara yang melibatkan isu diplomatik, keselamatan dan pertahanan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here