Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 06 OGOS 2024.

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan penyelesaian terhadap isu kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada Kabinet hari ini bahawa bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat sebarang pengumuman.

“Mereka masih memerlukan sedikit lagi masa sebelum membuat pengumuman.

“Namun, diharapkan pengumuman itu nanti akan memberi kelegaan kepada pihak penyedia insurans serta rakyat Malaysia yang berharap isu ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa kenaikan premium insurans adalah disebabkan peningkatan kos rawatan perubatan dan tuntutan yang tinggi.

Namun, ia turut menimbulkan persoalan tentang keperluan had kawalan kadar oleh pihak berkuasa untuk memastikan rakyat tidak terus dibebani.

BNM sebelum ini telah memaklumkan sedang mengkaji semula mekanisme penetapan kadar insurans bagi memastikan ia adil untuk penyedia insurans dan mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat.  – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Selaraskan premium insurans, elak rakyat tanggung kos tidak wajar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here