Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

KUALA LUMPUR – Kebolehpasaran Graduan (GE) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meningkat kepada 98.5 peratus pada 2023 berbanding 54.7 peratus pada 2024.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kebolehpasaran graduan (GE) merupakan salah satu indikator utama keberkesanan dan kejayaan pendidikan tinggi.

“Alumni adalah wajah sebenar sesebuah institusi. Di UMS, kami mempunyai hampir 18,000 pelajar termasuk 648 pelajar luar negara.

“Kini, setelah tiga dekad, UMS bangga kerana berjaya melahirkan sebanyak 91,530 orang graduan berkualiti dari seluruh negara,” katanya.

Beliau memberitahu, strategi pengantarabangsaan merupakan ikhtiar kolektif dalam meluaskan jangkauan dan pengaruh di peringkat global.

“Dengan 169 perjanjian aktif merangkumi 18 negara, visibiliti UMS telah dikukuhkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA) dan Surat Niat (LoI),” tambahnya.

Susulan kejayaan itu, universiti turut mengumumkan inisiatif baharu termasuk kadar yuran istimewa bagi anak kakitangan, penggantian perabot usang, penyediaan insurans kesihatan bagi pesara universiti.

Selain itu, pihak universiti juga bercadang untuk menubuhkan Persatuan Pesara UMS.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman berkata, kejayaan ini merupakan hasil dedikasi dan kerjasama semua warga universiti.

“Sokongan dari kerajaan, masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan merupakan faktor penting yang mendorong kejayaan UMS,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here