Ihsan Foto : PGA

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,500 anak pokok bunga ixora atau jejarum dan buluh yang dipercayai diseludup dari Thailand dirampas di Kampung Limau Purut Jalan Plema Bayu, Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid, nilai keseluruhan rampasan bernilai RM4.57 juta.

“Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota PGA pada jam lebih kurang 7.00 petang apabila menahan sebuah lori yang dipandu dalam kenderaan mencurigakan di situ.

“Pemeriksaan menemui sebanyak 15,500 anak pokok pelbagai jenis yang dipercayai dibawa masuk tanpa sebarang dokumen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nik Ros Azhan berkata, seorang lelaki berusia 53 tahun yang dipercayai pemandu lori itu turut ditahan ketika pemeriksaan.

“Kesemua barang rampasan dan suspek telah dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen,” tambahnya.

PGA akan terus komited dalam mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast