Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntukkan bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebanyak lebih daripada 2,000 akses poin Wi-fi  akan dipasang di ketiga-tiga universiti itu bermula Januari 2025.

“Perbincangan telahpun dilakukan diantara pihak kementerian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan para naib canselor universiti-universiti awam pada 5 Disember lalu.

“Pemasangan ini diharapkan dapat mengatasi masalah liputan internet di bahagian luar, dalam bangunan serta di dalam kampus,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Menurut Fahmi, projek itu akan bermula dengan tiga universiti itu sebagai permulaan dan akan diperluaskan ke universiti-universiti lain selepas ini.

“Kerajaan berharap pelaksanaan ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan, dan mendukung agenda transformasi digital dalam sektor pengajian tinggi,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here