Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 kanak-kanak GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Selangor yang belum dituntut keluarga kini dalam proses penyerahan kepada ibu bapa dan waris mereka dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim berkata, pihaknya telah mengenal pasti ibu bapa dan waris mereka daripada sebahagian besar kanak-kanak di bawah jagaannya dan ada yang diuruskan oleh negeri lain.

“Sekiranya tiada kes sabitan polis atau Jabatan Agama Islam ke atas ibu bapa, kita akan serahankan jika mereka layak dan mampu untuk memberi jagaan,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 100 kanak-kanak GISBH yang belum dituntut keluarga masih mengikuti modul pemulihan khas yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kesemua kanak-kanak itu masih ditempatkan di rumah kebajikan dibawah seliaan JKM di ibu negara.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pula berkata, sebahagian besar sudah diambil ibu bapa masing-masing atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Susulan itu, beliau menggesa ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk tampil menuntut anak mereka kecuali jika keadaan betul-betul terdesak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here