Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Seramai empat individu telah dirakam percakapan berkait kematian bayi lelaki ‘disimpan’ selama dua minggu dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah merakam keterangan membabitkan ibu bapa mangsa dan dua doktor yang bekerja di hospital itu semalam.

“Ya, kita akan panggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes ini,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan polis akan memanggil beberapa individu termasuk pihak hospital berhubung isu terbabit selepas ibu bapa bayi itu gagal menjelaskan bayaran bil hospital.

Pada masa sama Hussein berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada bapa mangsa dan laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Katanya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam bagi menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut  serta menanganinya sebaik mungkin.

Terdahulu, bapa kepada bayi lelaki dinamakan ‘Adham’ meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan pihak hospital yang menahan bayi lelakinya.

Malah Safwan Rosdy turut memberi tempoh kepada netizen yang melontarkan fitnah dan tuduhan di media sosial supaya menarik balik atau berdepan tindakan saman. – MalaysiaGazette

Kes bayi dibekukan: Polis akan rakam percakapan individu termasuk pihak hospital

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here