Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan tempoh permohonan tapak bazar Ramadan di bawah seliaannya sehingga 20 Disember ini.
Dalam kenyataannya ia memaklumkan, keputusan berkenaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.