Seorang lelaki warga asing maut selepas disambar buaya ketika menyeberangi titi kayu di kawasan setinggan di Batu 8, Sandakan, Sabah kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy memberitahu kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam, ketika mangsa berusia 28 tahun dalam perjalanan ke rumah abangnya.