Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika bermain di kawasan benteng batu di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 6.49 petang semalam. Menurut beliau, kejadian berlaku ketika mangsa, Muhd Naufal Arshad Muhd Aiman Hafiz, 8 tahun, datang ke pantai berkenaan bersama ibu dan beberapa ahli keluarga lain.